Ketika sedang memandu terutama di jalan-jalan utama, kita akan lihat pelbagai jenis papan tanda dengan berbagai warna. Kadang-kadang kita tertanya-tanya apa maksud warna pada tulisan dan papan tanda ini?
Ok, jom kami kongsikan maksud warna untuk beberapa papan tanda yang sering kita lihat.
1. Papan Tanda Biru.
Papan tanda ini menunjukkan anda sedang memandu dalam laluan tanpa tol sama ada atas jalan raya persekutuan, negeri atau perbandaran.
2. Papan Tanda Hijau.
Ini pula papan tanda yang menunjukkan anda sedang memandu dalam laluan bertol atau lebuh raya.
3. Huruf ‘E’
'E' ialah singkatan kepada perkataan Expressway, iaitu lebuh raya. Huruf 'E' bertujuan memaklumkan yang anda sedang atau akan memasuki laluan lebuh raya.
4. Nama Kuning
Tulisan kuning pada papan tanda biru untuk nama jalan.
5. Nama Putih
Tulisan putih papan tanda biru untuk nama bandar dan kawasan.
6. Nama Putih, papan tanda Marun
Bermaksud destinasi perlancongan.
7. Nama kuning, papan tanda hijau.
Bermaksud untuk bangunan Kerajaan.
Ada banyak lagi maklumat berkaitan papan tanda yang kita perlu tahu. InsyaAllah kami kan kongsikan pada muat naik kami yang akan datang.
Selain berkongsi hal-hal berkaitan teknikal kereta, kami juga akan kongsikan info umum yang berkaitan dan bersesuaian agar kami lebih pelbagai dalam memberi informasi.
Semoga bermanfaat.
Credit : Altimat Auto Garage